Isnin, 30 Januari 2017

Resepi Ubi Kayu Rebus

Ini adalah resepi daripada emak saya. Saya dokumenkan di sini sebagai catatan kepada diri saya sendiri dan perkongsian kepada anak-anak serta sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya.

Bahan-bahan :
- ubi kayu
- bawang merah
- kiub ikan bilis
- daun kari

Cara :
* kupas dan potong-potong ubi kayu. Jangan potong terlalu kecil. Takut ubi kayu tersebut hancur setelah direbus. Bersihkan ubi kayu dan rebus.

* sementara ubi lembut, hiriskan bawang. 

* apabila ubi telah lembut, tutup api dapur dan toskan ubi tersebut.

* tumiskan bawang, kiub dan daun kari. Kemudian masukkan ubi dan kacau perlahan. Hati-hati semasa mengacau ubi kerana ubi mungkin boleh hancur.

* taraaa... siap sudah resepi kita. Jika nak lebih sedap, makan bersama ikan masin goreng atau sambal tumis. Emmm... nyum..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan