Isnin, 30 Januari 2017

Resepi Ubi Kayu Rebus

Ini adalah resepi daripada emak saya. Saya dokumenkan di sini sebagai catatan kepada diri saya sendiri dan perkongsian kepada anak-anak serta sesiapa sahaja yang ingin memanfaatkannya.

Bahan-bahan :
- ubi kayu
- bawang merah
- kiub ikan bilis
- daun kari

Cara :
* kupas dan potong-potong ubi kayu. Jangan potong terlalu kecil. Takut ubi kayu tersebut hancur setelah direbus. Bersihkan ubi kayu dan rebus.

* sementara ubi lembut, hiriskan bawang. 

* apabila ubi telah lembut, tutup api dapur dan toskan ubi tersebut.

* tumiskan bawang, kiub dan daun kari. Kemudian masukkan ubi dan kacau perlahan. Hati-hati semasa mengacau ubi kerana ubi mungkin boleh hancur.

* taraaa... siap sudah resepi kita. Jika nak lebih sedap, makan bersama ikan masin goreng atau sambal tumis. Emmm... nyum..


Ahad, 29 Januari 2017

Permainan Murah

Memang menjadi lumrah kanak-kanak, suka bermain. Harga permainan juga semakin mahal. Saya ingin kongsikan di sini permainan yang jimat malah tanpa mengeluarkan wang langsung.

Caranyer ialah :

* cari kulit buku lama yang tidak mahu di gunakan lagi. Contohnyer kulit buku-buku mewarna anak-anak yang telah siap diwarnakan kesemuanyer.

*guntingkan kulit buku itu menjadi beberapa kepingan..

*taraaa... siaplah permainan puzzle untuk kanak-kanak. Tidak perlu lagi untuk beli.


  
* jumlah kepingan yang digunting adalah bergantung kepada tahap umur kanak-kanak yer.. Jika kanak-kanak masih kecil, eloklah jika digunting besar-besar. Ini kerana jika puzzle tersebut terlalu susah untuk di buat, kanak-kanak akan hilang mood untuk bermain.

* kelebihan puzzle ini selain jimat, kita sebagai ibu bapa tidak perlu rasa berat hati untuk terus sapu masuk tong sampah jika puzzle ini bersepah atau terkurang 1 kepingan.. hahaha... Saya sendiri mengalami keadaan di mana apabila kanak-kanak sudah bosan untuk bermain puzzle yang sama, puzzle tersebut hanya bersepah di mana-mana.

* untuk lebih menarik boleh gunting kulit buku dengan corak yg lebih kretif.. mungkin seperti yang di jual di kedai.

* kita juga boleh mengajar kanak-kanak untuk menggunting sendiri puzzle mereka. Memandangkan puzzle boleh di gunting secara kretif, maka tidak perlu untuk kanak-kanak menggunting dengan lurus.. yang penting mereka dapat berseronok.

* di sebabkan seronok melihat mama mereka membuat puzzle sendiri, keesokan harinyer anak-anak saya mencari sendiri gambar yang mereka suka dan membuat puzzle sendiri... 😊